klik2

welcome

Tuesday, January 11, 2011

Madu Khaula







Madu khaula
Madu Khaula adalah madu asli yang diimport oleh Khaula Trading secara terus dari Republik Islam Iran. Khaula Trading memegang lesen pengedar tunggal untuk pasaran Malaysia dan Asia Tenggara atas jenama KHAULA. Jenama KHAULA ini telah didaftarkan sebagai TM (Trademark) atau tanda perniagaan di Perbadanan Harta Intelek
Malaysia.

Adakah Madu Khaula ini benar-benar madu asli?

Ya, madu ini telah disahkan asli malah berkualiti Gred A hasil dari analisis dimakmal madu di Azarbaijan, Iran dan makmal UNIPEQ, UKM Malaysia. Madu Khaula dijamin mengandungi kandungan sukrosa kurang 5% dan kandungan lembapan kurang 20% dan nilai ini adalah mengatasi piawaian International Honey Comission (IHC) dan dikelaskan sebagai Madu Gred A.

Pengusaha Madu Khaula, Sabalan Shahd Co, Azarbayjan, Iran memiliki proses kawalan mutu madu (Quality Control) yang ketat sebelum diizinkan untuk eksport ke luar negara seperti UK, Oman, Yaman, Arab Saudi dan Asia Tenggara termasuk Malaysia. Pihak
pengusaha ada menghantar sijil pengesahan analisis makmal setiap
kali shipment Madu Khaula.

Apakah perbezaan antara Madu Khaula ini dengan lain-lain madu?

Madu ini mempunyai rasa yang harmonis, lembut, pekat dan mempunyai aroma tersendiri di mana dengan aroma dan rasanya itu, kanak-kanak sekalipun sukakannya. Di samping itu, madu ini dihasilkan oleh lebah-lebah yang dijinakkan di kawasan pergunungan yang mempunyai iklim 4 musim dan berbeza dari iklim di Malaysia yang sentiasa panas dan lembap sepanjang tahun. Perbezaan iklim ini mempengaruhi jenis
tumbuhan dan bunga yang tumbuh di mana lebah-lebah ini akan mengambil manisan mereka.

Bagaimanakah cara madu ini dibungkus atau dipekkan?

Madu ini dikeluarkan dalam 2 jenis iaitu yang mempunyai sarang lebah
dan tanpa sarang lebah. Berat setiap botol adalah lebih kurang 1300g
atau 1.3kg termasuk botol (berat botol 300g). Madu ini menjalani proses pensterilan dan pembekuan untuk mencegah bakteria semasa proses pembungkusan. Ia dijamin selamat dari bakteria.

Mengapa Madu Khaula ini tidak boleh disimpan di dalam peti ais?

Madu paling baik disimpan dalam suhu lebih kurang 20 darjah Celsius.Madu ini mempunyai sifat higroskopis iaitu berupaya menyerap lembapan dan cairan dan ini baik bagi penggunaan mengawal kanak-kanak yang kencing semasa tidur. Madu ini juga membantu untuk tidur
yang lebih nyenyak kerana sifat sedatifnya (menenangkan saraf) yang
lembut. Madu juga mempunyai sifat laksatif yang ringan. Apabila madu
disimpan di dalam peti ais, sebahagian dari sifat dan keupayaan semulajadinya akan berkurangan dan akan menyebabkan nilai perubatannya turut berkurang. Adalah satu perkara yang merugikan
jika ini berlaku sedangkan madu ini tidak pun akan menjadi rosak jika disimpan di tempat yang biasa kita menyimpan gula dan garam. Asal sahaja kita tidak membiarkan ia terdedah kepada udara dan serangga.

Ada orang mengatakan madu asli tidak akan didekati oleh semut?

Kenyataan itu adalah tidak benar sama sekali. Madu mengandungi manisan/gula. Walau bagaimanapun manisan/gula ini tidak sama dari segi bentuk/struktur semulajadinya. Gula madu tidak sama dengan gula tebu (sukrosa). Gula madu terdiri dari Dekstrosa dan Levulosa dalam sekitar (75-83%). Dekstrosa boleh segera diserap ke dalam darah
manakala Levulosa lebih lambat sedikit bagi mengawal keseimbangan gula dalam darah. Oleh yang demikian adalah mustahil sama sekali semut tidak mendekati madu ini.

Sebenarnya fenomena ini berlaku kerana kelainan sifat madu antara Madu Khaula dan madu tempatan. Kandungan sulfur dan kuprum yang lebih tinggi dalam madu tempatan menyebabkan madu ini bersifat panas, justeru itu semut yang mempunyai deria sensitif tidak akan
mendekati madu tempatan. Manakala Madu Khaula bersifat 'tidak panas' maka semut akan mendekati dan jika dicampur dengan telur maka telur juga tidak akan membeku di dalam Madu Khaula.

Apakah kelebihan Madu Khaula berbanding gula dalam bentuk lain?

1. Madu tidak mengganggu saluran pencernaan.
2. Mudah dan cepat diasimilasi (proses menukarkan makanan berzat kepada tisu hidup).
3.Cepat memenuhi permintaan tenaga.
4.Meningkatkan kemampuan para olahragawan dan orang-orang lain yang
memerlukan tenaga baru dalam waktu yang relatif singkat.
5. Dari segala bentuk gula yang ada, madu merupakan yang paling mudah ditangani oleh ginjal.
6. Mempunyai kesan laksatif ringan dan bersifat semulajadi.
7. Memiliki nilai sedatif yang menenangkan tubuh.
8. Mudah didapati.
9. Secara relatif ia tidak terlalu mahal.

Apakah kegunaan sarang lebah yang ada dalam Madu Khaula?

Khaula Trading memasarkan 2 bentuk madu. Salah satu mengandungi sarang lebah. Sarang lebah digunakan khusus untuk mengubati gangguan-gangguan tertentu pada saluran pernafasan. Ia baik bagi pengidap hidung tersumbat akibat alahan, sinusitis dan penyakit akibat gangguan saluran pernafasan. Ia bagus dikunyah begitu sahaja sebesar
ibu jari sehingga sarang itu mengecil dan buangkan sisanya. Amalan
pengambilan madu akan membantu pengidap penyakit tersebut menghirup
udara segar melalui hidung dan bukan melalui mulut!

Apa jenis-jenis penyakit yang menggunakan madu di dalam perubatan

1. Sakit perut dan usus saperti gastric, ulcer, kembung perut, sembelit dan "indigestion".
2. Sakit lelah dan asthmatic.
3. Lemah tenaga batin.
4. Pasangan yang sukar mendapat zuriat.
5. Sakit tulang dan sendi-sendi saperti arthritis, rheumatism dan gout.
6. Pesakit barah atau cancer.
7. Sakit risdung dan sakit allergies yang lain saperti eczema.
8. Hilangkan rasa keletihan / "fatigue"
9. Mempertingkatkan daya ketahanan diri atau "imune system"

Cara memakan madu :

Satu atau setengah gelas air suam atau air mineral di bancur dengan satu sudu besar madu. Di minum pada waktu pagi selepas bangun dari tidur. Selepas minum air madu ini, hendak lah berpuasa selama 2 jam. Contohnya, minum air madu selepas solat subuh jam 6 pagi, berpuasa 2 jam sehingga jam 8 pagi. Selapas jam 8 pagi, baru lah boleh berserapan pagi.

Tujuan berpuasa sehingga 2 jam ini ialah untuk perut kita menghadamkan madu itu tanpa bersama makanan yang lain seperti air teh atau air kopi atau makanan sarapan yang lain. Dengan ini, badam kita dapat khasiat madu itu sepenuhnya.

Sebelum minum air madu ini, pastikan:
1. Baca Al-Fatihah 3 Kali
2. Baca Selawat Nabi 3 Kali
3. Doa kepada Allah apa yang dihajatkan


Harga : RM65 - madu biasa
excluding postage

postage : add RM15



 



http://www.khaula2u.com/wanie

No comments:

Post a Comment